Untuk cikgu
Mohon mengajar bersama EziQuran
Kelas 40 minit dalam talian, 30 minit mengaji, 10 minit fardhu ain atau sambungan bacaan. Jadual, rekod kelas dan urusan yuran diuruskan sepenuhnya oleh EziQuran, supaya tumpuan anda kekal pada pengajaran.
Apa yang kami cari
- Adab dan akhlak yang baik, agar pelajar dapat mencontohinya.
- Kemahiran mengajar bacaan al-Quran kepada kanak-kanak, dengan sabar dan mesra.
- Kelengkapan mengajar dalam talian: telefon atau komputer, dan talian yang stabil.
- Kesediaan menghantar laporan ringkas selepas setiap kelas melalui sistem.
- Kebolehan mengajar dalam bahasa Inggeris juga satu kelebihan. Sesetengah anak lebih selesa berborak dalam bahasa Inggeris, dan bahasa Inggeris yang mudah tetapi lancar sudah memadai.
Sudah ada akaun cikgu? Log masuk di sini