Iqra 1–6
Dari huruf tunggal sampai hukum nun mati. Setiap contoh bacaan diambil terus daripada al-Quran. Tidak ditaip, tidak direka.
Zaid versi lelaki, Sofea versi perempuan. Isi dan bacaannya sama sepenuhnya. Yang berbeza hanya watak yang menemani anak kesayangan anda di setiap muka surat.
Paling berbaloi
Set lengkap
Iqra 1 hingga 6 dalam satu muat turun. Empat set. Pilih watak dan bahasa.
Set lengkap · Iqra 1–6
6 buku · 298 muka surat
Set lengkap · Iqra 1–6
6 buku · 298 muka surat
Set lengkap · Iqra 1–6
6 buku · 298 muka surat
Set lengkap · Iqra 1–6
6 buku · 298 muka surat
Ambil satu dahulu
Beli satu-satu
Kalau anak baru mula, Iqra 1 sudah memadai. Iqra yang lain boleh ditambah bila-bila.
Huruf tunggal
Kenal bunyi setiap huruf, satu-satu, tanpa mengeja.
Huruf bersambung
Huruf bertukar rupa apabila disambung. Kenal semula.
Baris bawah dan depan
Selepas bunyi “a”, masuk pula bunyi “i” dan “u”.
Tanwin, sukun, qalqalah
Huruf mati dan bunyi “n”. Mula berbunyi seperti al-Quran.
Alif lam dan tasydid
Membaca perkataan penuh, seperti dalam mushaf.
Hukum nun mati
Jilid terakhir. Selepas ini, terus ke mushaf.
Awak tak perlu jadi ustazah dahulu
Setiap benda baharu bermula dengan muka surat untuk awak. Apa yang baharu, cara menyebutnya, di mana huruf itu keluar, dan apa yang anak selalu tersilap. Awak baca dahulu, kemudian awak ajar dia.
Hari pertama dia buka buku ini, yang dia baca sudah pun al-Quran
Bukan suku kata rekaan. Setiap contoh bacaan diambil terus daripada mushaf Uthmani, kemudian dibandingkan huruf demi huruf dengan sumbernya.
Dia tak tersekat, sebab satu masa satu benda sahaja
Dalam Iqra 6, setiap huruf yang bertemu nun mati dapat muka suratnya sendiri: “bertemu ﻙ”, “bertemu ﺏ”. Bunyi setiap satu berbeza. Tiada muka surat yang mengejar dua benda serentak.
Bila dia sampai perkataan sebenar, dia tak keliru
Setiap hukum bermula dengan dua muka surat perkataan tunggal. Kemudian dua muka surat lagi, kali ini dua perkataan, kerana hukum itu berbunyi lain apabila huruf bertemu merentas dua perkataan.
Dia nampak dirinya di dalam buku itu
Setiap Iqra ada versi lelaki dan versi perempuan. Watak yang sama menemani dia dari muka surat pertama sampai dia boleh baca sendiri.
Sampai dia baca Al-Fatihah sendiri, bukan ikut hafalan
Enam buku, satu tangga. Mula dengan kenal huruf. Kemudian baris, tanwin dan sukun. Kemudian hukum nun mati dan tujuh tanda waqaf. Di penghujung Iqra 6, Surah Al-Fatihah penuh. Selepas itu, terus ke mushaf.
PDF · A4 landskap · muat turun serta-merta · untuk cetak atau tayang di skrin
Fail digital. Muat turun bermula sebaik bayaran selesai, jadi jualan adalah muktamad.























