EziQuranmudahnya baca
Kelas mengaji online yang bersistem

Dari huruf pertama sampai baca al-Quran sendiri, you monitor every step.

Ramai anak mengaji bertahun-tahun, tetapi ibu bapa masih tak pasti dia sudah sampai mana. Di EziQuran setiap kelas 40 minit ada laporan bertulis, dua gambar bukti dan rekod kemajuan yang anda semak sendiri dari telefon. From day one, sampai anak anda baca Al-Fatihah dengan lancar.

Zaid dan Sofea
Zaid melambai
Assalamualaikum ibu dan ayah. Hari ini Zaid belajar muka surat baharu.
Zaid, 7 tahun, abang
Sofea melambai
Sofea pun ada kelas tadi, abang Zaid. Ibu dan ayah boleh tengok semuanya dalam telefon, dari kami belum kenal huruf sampailah kami boleh baca al-Quran sendiri.
Sofea, 5 tahun, adik
Perjalanan yang anda boleh lihat

Setiap kelas menolak anak anda satu langkah ke hadapan, dan setiap langkah itu tertulis dalam rekodnya. Anda tahu dia di tangga mana, minggu demi minggu.

  1. 1
    Kenal huruf dan baris

    Iqra 1 dan 2. Pengajar tanda bacaan anak anda sebagai baru kenal, dan anda nampak muka surat yang dia sampai setiap kelas.

  2. 2
    Baca bersambung

    Iqra 3 dan 4. Tajwid dan makhraj mula ditanda, jadi anda nampak bukan sekadar dia boleh baca, tetapi betul atau tidak sebutannya.

  3. 3
    Al-Fatihah dan surah lazim

    Iqra 5 dan 6. Ini titik yang paling ibu bapa tunggu: anak baca Al-Fatihah sendiri dengan lancar, bukan ikut hafalan semata.

  4. 4
    Baca al-Quran sendiri

    Masuk mushaf, bermula Juz Amma. Rekod dia sejak hari pertama masih ada, jadi anda nampak sejauh mana dia sudah berjalan.

Lima perkara ditanda oleh pengajar selepas kelas: bacaan, tajwid, makhraj, hafazan dan fardhu ain. Setiap satu bergerak dari belum mula, ke baru kenal, ke sedang berlatih, ke sudah kukuh.

Apa yang anda dapat selepas setiap kelas
40minit

Panjang kelas tak pernah berubah

30 minit mengaji, 10 minit terakhir untuk fardhu ain atau sambungan bacaan, ikut keperluan anak pada hari itu.

2gambar

Bukti kelas betul-betul berjalan

Gambar bilik kelas pada permulaan dan pada penghujungnya. Gambar akhir wajib menunjukkan 40 minit penuh pada jam kelas.

1laporan

Anda tahu apa yang dibaca

Selepas setiap kelas: sampai mana bacaannya, penilaian hari itu, dan nota peribadi daripada ustaz atau ustazah yang mengajar.

5bintang

Anda yang menilai pengajar

Beri bintang selepas membaca laporan. Purata 4.9 ke atas memberi pengajar bonus 10%, jadi kualiti kelas ada nilainya.

Satu dashboard, semua anak

Zaid dan Sofea adik-beradik. Satu akaun, dua rekod.

Setiap anak ada rekodnya sendiri: jadual, nota pengajar, kemajuan bacaan, tajwid, makhraj, gambar kelas dan resit. Anda buka satu akaun sahaja, dan semua anak ada di dalamnya.

Kelas seterusnya dan butang joinNotifikasi bila laporan baharu masukCari kelas ikut tarikh atau nama surahGambar kelas mula dan akhirTukar hari sekali bagi setiap kelasResit rasmi setiap cycle 4 minggu
Zaid mengajiSofea belajar online
Empat langkah sahaja
  1. 1
    Buka akaun

    E-mel dan password anda sendiri. Satu akaun untuk semua anak, walau berapa ramai.

  2. 2
    Isi butiran anak

    Pilih pakej, hari dan waktu yang paling sesuai untuk keluarga anda.

  3. 3
    Kami tetapkan pengajar

    Ustaz atau ustazah mengesahkan waktu itu. Tiada bil keluar sebelum ini disahkan.

  4. 4
    Pantau dari telefon

    Setiap kelas masuk ke dashboard anda dengan laporan, gambar dan kemajuan bacaan.

Kualiti yang boleh diukur

Ibu bapa beri bintang, pengajar dapat bonus.

Selepas anda membaca laporan sesuatu kelas, anda boleh memberi 1 hingga 5 bintang kepada pengajar. Purata 4.9 bintang ke atas dalam sebulan memberi mereka bonus 10% daripada gaji bulan itu. Sistem yang kira, bukan kami yang tentukan.

Pakej

Setiap pakej berjalan satu cycle 4 minggu, dikira dari kelas pertama anak anda, bukan dari awal bulan.

LAUNCH OFFER · 50% OFF untuk 100 keluarga pertama.

Pakej Asas

SGD 198SGD 99

4 kelas / 4 minggu · 1 hari seminggu · Baru bermula, mahu cuba dahulu

≈ SGD 24.75 sekelas

Pakej Tekun

SGD 318SGD 159

8 kelas / 4 minggu · 2 hari seminggu · Mahu rutin yang konsisten

≈ SGD 19.88 sekelas

Pakej Istiqamah

SGD 398SGD 199

12 kelas / 4 minggu · 3 hari seminggu · Serius, mahu maju cepat

≈ SGD 16.58 sekelas

Soalan yang selalu ditanya
Kalau anak tak dapat hadir?

Setiap kelas boleh ditukar hari sekali sahaja. Tarikh baharu mesti dalam cycle 4 minggu yang sama, atau paling lewat seminggu selepas ia tamat.

Kalau pengajar tak dapat hadir?

Kelas tetap diganti dan hak tukar keluarga masih penuh, kerana ia tidak dikira sebagai tukar hari anda.

Kelas dirakam?

Tidak. Hanya dua gambar skrin bilik kelas yang disimpan, sebagai bukti kelas berjalan sepenuhnya.

Zaid mengaji
Daftar anak andaSudah ada akaun, log masuk

Mengajar bersama kami? Mohon mengajar di sini.